Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeluang bagi peminat nikmati aksi jaguh gusti Jepun di sini
Syarikat gusti profesional Jepun mahu tarik peminat Singapura

PASTI MENGGEGARKAN: Acara Wrestling World 2016 yang akan berlangsung pada 15 November akan melibatkan penggusti di bawah naungan New Japan Pro-Wrestling termasuk Bushi (dua dari kiri) dan Tetsuya Naito (kanan) yang bergambar bersama penulis. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN
Sep 12, 2016 | 5:30 AM
Peluang bagi peminat nikmati aksi jaguh gusti Jepun di sini
NAMA seperti Tetsuya Naito, Bushi, Jyushin Thunder Liger, Kazuchika Okada dan Kenny Omega mungkin agak asing bagi ramai peminat gusti di sini.
Padahal watak-watak ini ternyata amat popular di Jepun sehinggakan mereka mempunyai kumpulan peminat dan pengikutnya sendiri di sana dan juga luar negara - termasuk Singapura juga.