Topik diikuti
Pergi ke BHku'Peluang Kedua' bawa rezeki buat Nabila
Oct 30, 2021 | 5:30 AM
'Peluang Kedua' bawa rezeki buat Nabila
UJIAN buat penyanyi dan pelakon Nur Nabila Muhd Razali sepanjang kerjaya seninya adalah terpaksa menelan segala kritikan warganet yang begitu lantang mengecam tentang mutu suaranya apabila menyanyi secara langsung.
Namun, semangat Nabila, 28 tahun, tidak luntur. Apatah pula baru-baru ini, beliau meraih kejayaan kerana lagu Peluang Kedua berjaya meraih 2x Anugerah Platinum hasil pendapatan melebihi RM400,000 ($129,728) di semua platform penstriman dan YouTube.