Peluang pelakon 'Ghostbusters: Afterlife' jadi ibu pemusnah hantu
Premium
Peluang pelakon 'Ghostbusters: Afterlife' jadi ibu pemusnah hantu
Carrie Coon nyaris tolak tawaran jayakan filem komedi alam ghaib kerana ingin lari dari stereotaip watak emak
Nov 17, 2021 | 5:30 AM

BUKAN IBU BIASA-BIASA: Carrie Coon (kiri) menerima tawaran menjayakan filem 'Ghostbusters: Afterlife' selepas tertarik dengan skrip yang meletakkan watak Callie sebagai ibu tunggal yang gigih memusnahkan hantu, kemahiran turun-temurun keluarganya. Bersamanya adalah pelakon Finn Wolfhard. - Foto SONY PICTURES -
SEBILANGAN besar pencinta filem mula bingit apabila penghasilan francais filem kegemaran mereka kerap tertunda pembikinan dan tayangannya gara-gara pandemik Covid-19.
Namun, salah satu francais filem yang dinanti-nanti, Ghostbusters, dengan sejarah hampir 40 tahun tetap berjaya menemui penonton di pawagam setelah sekian lama tiada sajian kisah si pemusnah hantu ini.

