Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pembuat komputer Aftershock PC luaskan ibu pejabat, tingkat pengalaman pengguna

Feb 21, 2022 | 08:04 PM



Pembuat komputer dan komputer riba asal Singapura, Aftershock PC baru-baru ini mengumumkan pelan meluaskan ibu pejabatnya di Bendemeer Road demi memenuhi keperluan pelanggan yang inginkan peranti komputer yang dihias khas dan dilengkapi alat menurut selera masing-masing. 



Projek perluasan yang diberi nama Aftershock Endgame mempunyai matlamat menawarkan pengalaman memilih dan membeli yang lebih baik - memandangkan kebanyakan produknya dijual di dalam talian.



Pelanggan boleh mengunjungi ibu pejabat Aftershock untuk melihat, menyentuh, mencuba dan mengalami sendiri produk serta perlatan yang ingin dipasang di dalam kompupter masing-masing. Ruang sebesar 7,000 kaki persegi itu menggabungkan pelbagai contoh komputer hiasan khusus serta peralatan dalaman dan perabot untuk mengguna termasuk jenama popular seperti Razer, Logitech, Razer, Creative.



Terdapat juga ruang yang mempamerkan komputer edisi terhad dengan hiasan yang amat unik.



Komputer yang direka khas mengikut keinginan pelanggan kini menjadi trend pengguna melihat pelaburan yang dilaksanakan syarikat berusia 10 tahun itu. Aftershock PC membolehkan pelanggan memilih hadwe seperti kad grafik, ketikus, skrin dan kotak komputer yang mempunyai reka hias unik. Aftershock kemudiannya akan memasang komputer mengikut pilihan dan selera pelanggan.



Aftershock juga sedang memperluaskan ruang khidmat selepas penjualan bagi menawarkan khidmat pembaikan komputer and pemasangan alat kepada pelanggan.




“Perjalanan Aftershock selama ini jauh dari mudah, dan kami amat berbesar hati kerana dapat melancarkan tempat baru ini dan dalam pada yang sama, meraikan ulang tahun ke-10 kami tahun ini,” kata pengasas bersama Marcus Wee.




“Sebagaimana nama kami, projek Aftershock Endgame membayangkan paradigma baru untuk pengalaman PC, dan untuk memacu inovasi baru dalam industri komputer tempatan; daripada menawarkan produk yang memenangi anugerah kepada menyampaikan pengalaman untuk pembeli dan perkhidmatan yang tiada tandingan,” tambah beliau.



Pusat pengalaman baru Aftershock sudah mula beroperasi, dan buka setiap hari dari 11.30 pagi ke 8 malam, juga tutup setiap hari Ahad, dan ia terletak di B Central, 994 Bendemeer Road, #05-07, Singapura 339943.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >