Secara umum, kebanyakan wanita termasuk saya sendiri seringkali menghadapi kesukaran meluahkan perasaan yang terpendam di hati dek kebimbangan tiada sesiapa yang benar-benar memahami apa yang ingin disampaikan.

Namun, pengalaman menonton persembahan tarian kontemporari, Pu:lse, yang dibawakan Dian Dancers pada 13 Disember di Blackbox, Pusat Seni Goodman, membuat saya rasa luahan hati kaum Hawa didengar jua kaum Adam.