Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BELASUNGKAWA

Pemergian Adibah Noor kehilangan besar industri hiburan

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: "Maaf. Kali ini aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan mu."



Itu kata-kata ditinggalkan Allahyarhamha Adibah Noor dalam kemas kini di Twitter, Isnin lalu, yang antara lain memaklumkan arwah yang juga pencinta kucing, sudah tidak berupaya untuk menghulurkan bantuan



Tidak dinyatakan jawapan itu ditujukan kepada mana-mana individu, namun, kata-kata itu dipercayai balasan kepada pihak yang mengharapkan pertolongan bagi menjaga kucing peliharaan.



Ciapan itu kemudian viral dan menyentuh hati peminat Allahyarham Adibah yang tidak menyangka bintang kesayangan mereka pergi selepas dipercayai bertarung dengan kanser ovari tahap empat, malam tadi.



Selepas berita pemergian Allahyarham Adibah tersebar, ciapan terbabit kembali diperkatakan dalam media sosial hingga meraih lebih 12,000 tanda suka dan diulang kicau lebih 7,200 kali.



Malam kelmarin, peminat dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, di sini, pada jam 7.30 malam, dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.



Merupakan seorang anak seni yang cukup disenangi ramai dan berperwatakan profesional setiap kali melakukan tugasan, pemergian Allhayarham merupakan satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.



Warga Singapura turut terkesan dengan pemergian Allahyarhamha apabila mengingati suara Allahyarham yang mantap, mempunyai gaya tersendiri dan sememangnya merupakan antara permata yang cukup berharga dalam persada seni.



Mereka dapat menyaksikan kehebatan Allahyarham yang disifatkan diva beraksi dengan Misha Omar dan Jaclyn Victor - dalam Konsert 3 Permata persembahan Esplanade Teater Di Pesisiran pada November 2012.



Kehebatannya terserlah apabila bakat yang ditonjolkan bukan sekadar pada suara, bahkan kebolehan menghibur.



Itulah konsert pertama mereka yang pertama di Singapura, bahkan menurut Adibah, yang pertama menampilkan mereka secara khusus (termasuk di Malaysia) sepanjang kerjaya sebagai penyanyi.



"Kami rasa amat dihargai di Singapura... di Malaysia pun tak dapat macam ni," kata Adibah ketika itu.



Peminat Allahyarham di Singapura, Cik Mastura Mohd Hashim, 58 tahun, memberitahu Berita Harian:



"Allahyarhamha amat disenangi kerana dilihat tidak banyak kontroversi. Arwah membawa dirinya sendiri dalam dunia kreatif dengan ideanya yang tersendiri."



'Kau terlalu istimewa', korus lagu Terlalu Istimewa yang pernah mengangkat nama Allahyarham Adibah Noor di persada industri hiburan pada 2006 pula nyata cukup tepat menggambarkan keperibadian dirinya.



Menerusi lagu ini yang lirik juga ditulis Adibah mengenai seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab, melayakkan arwah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-21 pada 2006 untuk kategori balada, vokal terbaik dan lagu terbaik.



Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, 52 tahun, susuk yang cukup 'istimewa' sebagai penggiat seni, terlebih dulu muncul juara dalam pertandingan Suara 90-an Nescafe pada 1994 yang menjadi pembuka jalan awalnya.



Allahyarhamha Adibah yang mendapat pendidikan rasmi dalam Bahasa Inggeris dan memiliki ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga pernah menjadi guru Bahasa Inggeris sebelum akhirnya memilih mengabadikan diri sebagai penggiat seni.



Namun, sinar karier seni arwah nampaknya lebih dulu bermula sebagai pelakon di mata peminatnya menerusi filem Sepet arahan Alllahyarham Yasmin Ahmad pada 2004 dengan watak Kak Yam.



Sepanjang bergelar pelakon filem arwah Adibah sudah membintangi 16 filem.



Dalam drama pula, Adibah cukup diingati dengan watak Puan Hajar menerusi Oh My English di Astro pada 2012, 2013 dan 2017. Untuk drama, Adibah sudah membintangi lebih 12 buah karya televisyen.



Kecintaan Adibah pada karier seni amat menebal apabila arwah bukan saja aktif berlakon dan menyanyi, tetapi turut bergelar penyampai radio di Suria FM untuk slot Suria Pagi pada 2014 sehingga 2016 lalu. Ketika itu, Adibah bergandingan bersama pengacara Baki Zainal.



Dalam tempoh tiga tahun bertugas di konti radio, Adibah puas apabila dia meraih kejayaan merangkul trofi kategori Bicarawara Radio Terbaik untuk segmen Hari Wanita Kebangsaan 2015 - Raikan Kegemilangan (Suria FM) pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016 sebelum mengundur diri.



Seorang yang ceria dan mudah mesra, Adibah juga lantang bersuara dan suka menegur terutama dalam sebutan Bahasa Inggeris yang betul. Baginya, teguran diberi bukan bertujuan mahu menjatuhkan sesiapa tetapi berkongsi ilmu dengan khalayak mengenai penggunaan sebutan yang betul.



Selain pemergian secara mengejut itu, ramai berasa terkilan kerana tidak mengetahui derita penyakit kanser ovari tahap empat yang ditanggung Adibah kerana dia memilih untuk berahsia dan hanya berkongsi dengan beberapa rakan artis yang rapat dengannya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >