Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemergian penyanyi Coco Lee dikenang peminat

Jul 06, 2023 | 02:36 PM



Ingatan ramai pada penyanyi ‘Mandopop’, mendiang Coco Lee, yang meninggal dunia pada usia 48 tahun pada Rabu, tidak akan terluput sampai bila-bila.

Beliau disifatkan sebagai idola bagi warga Asia yang mengimpikan anak seni dari rantau ini dapat memecahkan benteng industri muzik Barat dan mengecapi populariti di peringkat antarabangsa.

Penyanyi yang dilahirkan di Hong Kong ini mencapai puncak gemilang sekitar 1990-an dan 2000-an. Lee berpindah ke Amerika Syarikat semasa kecil dan mengeluarkan album dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

Beliau juga meminjamkan suaranya pada watak utama Mulan dalam versi Mandarin filem hit Disney, Mulan, dan merupakan penyanyi asal lagu runut bunyi Crouching Tiger, Hidden Dragon, di majlis penyampaian Anugerah Academy 2001.


Kakaknya, Carol dan Nancy, berkongsi di Facebook bahawa Lee berada dalam keadaan koma sejak cuba membunuh diri pada hujung minggu lalu. Lee dikatakan murung selama beberapa tahun.

Beliau cuba membunuh dirinya sendiri di rumah pada Ahad dan dikejarkan ke hospital.

Keadaannya menjadi teruk dan beliau meninggal pada Rabu.

“Coco bukan sahaja membawa kegembiraan kepada kami dengan lagu dan tariannya dalam tempoh 29 tahun yang lalu. Beliau juga kerja keras untuk mencipta ruang bagi penyanyi Cina lain melayari persada muzik antarabangsa dan telah melakukan yang terbaik untuk menaikkan nama orang Cina,” tulis Carol dan Nancy.

Lee juga menyanyikan lagu tema Mulan versi Mandarin, Reflection; manakala lagunya, Before I Fall in Love, dimuatkan sebagai runut bunyi filem Hollywood, Runaway Bride, yang dibintangi Julia Roberts dan Richard Gere.


Pada malam Tahun Baru lalu, Lee menulis dalam catatan Instagram bahawa beliau “menghadapi halangan besar yang mengubah hidup” dan menyifatkan 2022 sebagai “tahun yang sangat sukar”.

Pemergian Lee turut dikenang pemuzik Singapura yang pernah mengiringinya dalam konsert setempat yang berlangsung di Suntec City sekitar Disember 2000.

Gitaris, Abdul Shukor Jalil, berkongsi dalam catatan Facebook bahawa ia merupakan satu penghormatan untuk memetik gitar dan mengiringi Lee di Singapura dengan 10,000 peminat tampil ketika itu.

“Saya masih ingat saya duduk di sebelahnya dan memetik gitar saya untuk lagu OST Crouching Tiger, Hidden Dragon,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >