Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemergian penyanyi 'Kepulangan Yang Dinanti', Aman Shah

Sep 14, 2022 | 05:33 PM



PELAKON, penyanyi dan penerbit yang terkenal dengan lagu Adikku Pandai Menari dan lagu Lebaran, Kepulangan Yang Dinanti, Aman Shah Abu Kassim, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada 2.20 petang Rabu (14 September).



Berita pemergian penyanyi itu dimaklumkan anak perempuannya di Singapura, Afrah Athasha, 23 tahun, juga seorang penyanyi dan penggubah lagu, dalam satu hantaran Instagram.



"Saya merasakan kesedihan yang amat sangat dan mengesahkan pemergian bapa saya. Keluarga kami menghargai jika diberi privasi pada waktu-waktu sukar sebegini.



"Menyusuli pemergian bapa saya, semua acara yang saya jayakan minggu ini akan dibatalkan. Seisi keluarga saya kini berada di Kuala Lumpur," jelasnya.



Afrah juga memaklumkan jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin di Alam Damai, Cheras untuk solat jenazah.



Awal daripada itu, Allahyarham Aman Shah, 68 tahun, dikatakan telah dimasukkan ke IJN pada 9 September lalu tetapi menjalani pembedahan memasang kateter belon atau sten pada Selasa.



Anak saudaranya, Mohd Naufal Abdul Latiff memberitahu Berita Harian Malaysia (BHM) bahawa keadaan arwah kritikal dan tidak stabil sehinggalah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU), petang Rabu.



"Hari ini, beberapa kali bantuan pernafasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terpaksa dilakukan. Namun, keadaan arwah tidak menunjukkan tindak balas yang baik.



"Pilihan terakhir, arwah terpaksa diberikan bantuan pernafasan. Bagaimanapun, tak sampai tempoh satu jam, arwah menghembuskan nafas terakhir.



"Arwah sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan jantung, malah, pernah berdepan dengan beberapa serangan jantung termasuk di rumahnya, dua minggu lalu.



"Saya memang rapat dengan arwah. Sejak beberapa bulan ini, saya menegurnya apabila melihat keadaannya kurang sihat.



"Arwah mengakui keadaannya sudah teruk apabila tidak mendapatkan rawatan di IJN, selain sepatutnya arwah perlu melakukan pembedahan memasukkan sten dengan segera," jelas Mohd Naufal lagi.



Aman mula menyanyi pada 1979 dengan lagu berkonsepkan pop. Beliau kemudian mengikat kontrak rakaman dengan EMI mulai 1980 hingga 1987.



Beliau juga berlakon dalam beberapa filem seperti Darah Satria dan Aku Bukan Gila serta mengarah Dato' Ai La Beau.



Aman pernah berumah tangga dengan vokalis kumpulan duo The Queens dari Singapura, Farah Diba Abdul Aziz pada tahun 1980-an.



Mereka mempunyai tiga anak termasuk Afrah dan berpisah hampir 20 tahun lalu.



Sebelum itu, beliau pernah berumah tangga dengan pemenang Miss Kelantan, Rohani Nik, tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.



Kali terakhir Aman ditemui Berita Harian adalah pada majlis pertunangan Afrah yang berlangsung di Into The Woods@213 Lavender Street pada 3 September lalu.



Apabila ditemui, beliau minta untuk tidak diwawancara kerana mahukan privasi serta meminta wartawan mendoakan masa depan anaknya Afrah serta kesihatan beliau sendiri yang mempunyai masalah jantung.



Pada majlis pertunangannya, Afrah menjelaskan betapa hatinya gembira sebab dapat menjalin hubungan akrab dengan bapanya setelah terpisah selama hampir 20 tahun lamanya sebab beliau dijaga ibunya Farah di Singapura manakala bapanya pula di Malaysia.



"Bapa saya selalu pesan agar saya bekerja keras demi seni yang saya cintai kerana tidak akan ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.



"Saya akan pegang nasihatnya dan akan bekerja keras dengan keringat saya sendiri dan bukan menumpang kepopularan bapa saya," ujar Afrah.



Takziah buat keluarga Aman. Moga Allah menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang dirahmati.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >