Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Peminat risau anggota kumpulan (G)I-dle jatuh sakit silih berganti

Feb 06, 2024 | 04:33 PM



Masalah kesihatan yang melanda beberapa ahli kumpulan wanita K-Pop, (G)I-dle, silih berganti menyebabkan promosi album terbaru kumpulan itu, “2”, turut terjejas, lapor laman The Korea Herald.


Shuhua dari kumpulan (G)I-dle dilaporkan terpaksa berehat daripada aktiviti kumpulan berkenaan kerana keadaan kesihatannya yang membimbangkan, jelas jurucakap pihak pengurusannya, Cube Entertainment.

“Shuhua berasa kurang sihat sejak 2 Februari lalu dan merancang menangguhkan kegiatan yang telah dijadualkan,” kata Cube Entertainment melalui platform komuniti peminat, Weverse, pada 2 Februari.

Kumpulan itu dijadualkan mengadakan acara bertemu peminat dan menandatangani album pada hari tersebut.

“Shuhua tidak akan dapat mengambil bahagian dalam sesi tandatangan pratempahan album ‘Soundwave’ serta acara panggilan video yang dijadualkan pada 2 Februari,” tambah Cube Entertainment lagi.


Shuhua juga tidak dapat menyertai rakaman rancangan muzik MBC Music Core pada hari yang sama.


Ini menyusuli tempoh seminggu selepas Cube Entertainment membatalkan sidang media bagi kemunculan semula (G)I-dle ekoran dua anggota kumpulan itu, Minnie dan Yuqi, yang jatuh sakit.

“Shuhua kelihatan tidak selesa semasa membuat persembahan, (G)I-dle telah bekerja keras. Harap keadaan kesihatan mereka pulih tidak lama lagi,” komen peminat pada platform Weverse.

(G)I-dle membuat persiapan untuk album berjudul 2 semasa mengadakan konsert sedunia I Am Free-ty dan memperkenalkan album baru tersebut baik semasa konsert jelajah itu serta konsert Jingle Ball iHeartRadio di Amerika Syarikat pada 2023.


Minnie meninggalkan pentas di pertengahan persembahan tersebut pada acara terakhir Konsert Jelajah Jingle Ball di Philadelphia pada 12 Disember, disebabkan oleh keadaan kesihatannya yang meruncing.


Pada 15 Disember pula, Shuhua berehat ekoran diuji positif bagi influenza A.

“Kami menghargai pemahaman anda dan akan melakukan segala usaha demi pemulihan artis kami,” kata Cube Entertainment.

Di sebalik halangan dan cabaran dalam mempromosikan album studio kedua kumpulan ini, kerja seni terbaru mereka ini diterima dengan baik bahkan meraih tempat pertama dalam carta album terbaik iTunes di 24 daerah dan carta album terbaik gedung Apple Music di lapan kawasan.

Album ini menerima lebih 1.8 juta pratempahan di gedung digital, menjadikannya album kedua kumpulan ini yang mencatat jualan sejuta selepas EP keenam mereka, I Feel, dilancarkan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >