Peminat S’pura tumpang bangga Hady mara ke peringkat akhir
Pengguna Berdaftar
Peminat S’pura tumpang bangga Hady mara ke peringkat akhir
Konsert akhir tiga jam di Axiata Arena berskala besar, libat artis nama besar serantau sebab berbayar: Ramli MS
Dec 5, 2023 | 5:30 AM
Segala impian peminat penyanyi kelahiran Singapura, Hady Mirza atau nama sebenarnya, Muhammad Mirzahady Amir, bagi melihat bintang itu berjaya mara ke peringkat akhir peraduan realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), ternyata menjadi kenyataan.
Kegembiraan begitu dirasakan mereka yang menonton secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 3 Disember mahupun mereka yang menyaksikannya dari kaca televisyen di rumah apabila Hady, 43 tahun, diumumkan sebagai peserta keempat yang layak bertanding pada konsert akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 10 Disember.
Laporan berkaitan
All Stars Gegar Vaganza: Tiada penyingkiran, 8 finalis bakal bertarung dengan 3 tugasan Dec 4, 2023 | 2:13 AM
Bingit di mata anda, terhibur pula juriNov 27, 2023 | 8:01 PM

