SEBAGAI pelakon mapan Bollywood yang berpengalaman meminjamkan suara bagi watak Dr Strange dalam beberapa filem alih bahasa Hindi untuk francais Marvel Cinematic Universe (MCU), Mohan Kapur sudah dapat rasakan keseronokannya.

Justeru, tatkala ditawarkan peranan sebagai Yusuf Khan, ayah adiwira Kamala Khan dalam siri drama aplikasi Disney+ Ms. Marvel, ia bagai bulan jatuh ke riba.