Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pempengaruh Dubai, Khalid Al-Ameri muat naik gambar bercincin, tiga bulan selepas bercerai

Jun 26, 2024 | 1:18 PM
Pempengaruh Khalid Al Ameri dan bekas isteri, Salama Mohamed terkenal di UAE dengan telatah lucu dan perkongsian mereka yang terbuka serta santai.
Pempengaruh Khalid Al Ameri dan bekas isteri, Salama Mohamed terkenal di UAE dengan telatah lucu dan perkongsian mereka yang terbuka serta santai. - Foto KHALEEJ TIMES

Pempengaruh dan pencipta kandungan dari Dubai, Khalid Al Ameri yang baru mengejutkan pengikutnya berikutan desas-desus perceraiannya dengan Salama Mohammed, baru memuat naik gambar jejari yang sudah bercincin di akaun Instagramnya, memberi bayangan yang beliau sudah bertunang.

Khalid Al Ameri dan Salama Mohammed terkenal dengan telatah mereka yang bersahaja dan sangat terbuka berkongsi tentang keluarga mereka bersama-sama dengan kededua anak lelaki mereka, Abdullah dan Khalifa. Abdullah dikatakan menghidap austisme.

Kandungan tentang hal kekeluargaan dan hubungan mereka yang penuh kemesraan dengan penyampaian yang lucu, sering mencuit hati pengikut mereka. Khalid mempunyai 5.4 juta pengikut di TikTok dan 3.8 juta pengikut di YouTube. Pasangan terkenal ini dikatakan bercerai sekitar tiga bulan lalu.

Tidak ada kenyataan terbuka tentang perceraian mereka, tetapi Salama menerusi satu wadah vodcast telah memberikan temu bual terbuka tentang kehidupan masa lampaunya selain trauma sejak kecil akibat didera, tidak lama setelah perceraian berlaku. Salama yang juga menghidap sejenis penyakit kulit Vitiligo, yang menyebabkan tompokan kulit yang kehilangan pigmen atau warna, dan topik ini juga selalu menjadi bahan perbualan Salama dan telah membantunya melancarkan produk kecantikan berjenama ‘Peacefull’.

Khalid Al Ameri dan Salama Mohamed dianggap sebagai pasangan hebat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pengikut yang ramai di dalam dan juga luar negara.

Hantaran Khalid Al Ameri di Instagramnya itu membuat beberapa pengikut wanita di sini tidak senang hati, kerana berita perceraiannya, seakan baru saja disampaikan.

“Orang lelaki cepat betul cari pengganti,” kata Cik Shifa (bukan nama sebenar).

“Tetapi, mungkin juga trauma yang pernah dialami Salama salah satu sebab perceraian. Tidak mudah untuk meneruskan kehidupan kerana kisah silam itu…”

Dalam satu temu bual bersama akhbar Khaleej Times, Khalid dan Salama mengaku mereka dijodohkan oleh keluarga, dan hanya bertunang selama enam bulan sebelum diijabkabulkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg