Pemuzik muda terbuka pelbagai genre demi luaskan ufuk muzik
Apakah yang membuatkan anak muda terpaut pada muzik 'retro' ala pop-yeh-yeh mahupun disko? Penangan kugiran Malaysia, Masdo di BHazar anjuran Berita Harian yang berlangsung di Anjung, Wisma Geylang Serai (WGS), begitu ketara apabila lautan anak muda belasan tahun dan 20-an tahun membanjiri acara Ahad lalu. Namun selain terpikat kepada muzik jiwa lama ini, anak muda juga mempunyai cita rasa muzik yang berbeza, jujur dan unik. BERITA MINGGU meninjau trend muzik golongan milenial dan Generasi Z.
GABUNGAN 'RETRO' DAN MODEN: Shazza menghasilkan lagu, Build A Home yang memanfaatkan keindahan gabungan irama lama dan baru. - Foto SHAFEEQ SHARIFF -
TIDAK TERBATAS PADA SATU GENRE: Syurga Jeffrey cenderung mendengar bermacam jenis muzik daripada Arctic Monkeys, Bob Marley dan P. Ramlee. - Foto ihsan SYURGA JEFFREY -
PEJUANG MUZIK DANSA ELEKTRONIK: Ilham Jufri menganggap muzik dansa elektronik (EDM) yang menjadi cita rasanya tidak harus disalahtakrifkan sebagai muzik kelab malam tetapi yang dapat membangkitkan emosi pendengar. - Foto BRANDON YHB -

GENRE muzik yang diminati tiga penggiat seni muda ini tidak hanya terbatas pada satu atau dua rentak irama sahaja.
Mereka malahan menghargai pelbagai genre muzik yang memperluas ufuk pemikiran mereka dan memacu evolusi muzik mereka.