Selalu kita dengar ungkapan ‘di belakang kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita hebat’.

Namun bagi Cik Inez Tantyanna Abdullah Wyatt, 38 tahun, isteri cef bertaraf antarabangsa, Cef Akmal Anuar, beliau mengakui tidak akan mampu berdiri teguh menentang arus membina empayar perniagaan kulinari bersama-sama suaminya tanpa sokongan ramai lagi wanita hebat lain, yang sentiasa menyokong di kala susah dan senang.