Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penari setempat perjuang seni inklusif

Dec 1, 2022 | 6:50 PM
Encik Muhd Ammar Nasrulhaq Abdul Karim
Encik Muhd Ammar Nasrulhaq Abdul Karim - KHALID BABA

TARIAN lincah penuh bertenaga Raja Bollywood, Shah Rukh Khan, dan Raja Pop, Michael Jackson, menyuntik inspirasi bagi Encik Muhd Ammar Nasrulhaq Abdul Karim untuk terus berdansa dan menjadi jurutari. Sebagai anak yang dikesan mempunyai masalah kurang pendengaran selepas dilanda demam panas pada usia dua tahun, Encik Muhd Ammar mencari ruang ekspresi diri apabila sukar difahami atau terbendung komunikasi. Menari disusuli dengan kemahiran menerbit dan mengarah filem serta video muzik dan bergiat dalam teater membawa anak sulung berusia 30 tahun itu kembara sejauh Perancis dan Norway untuk pesta tarian melibatkan individu kurang upaya. Hasil perjuangannya membangun ruang selamat, adil, selesa lagi inklusif buat seniman kurang upaya khususnya dengan masalah pendengaran, Encik Muhd Ammar diiktiraf dengan Anugerah Pengupaya Goh Chok Tong 2022 (Kategori Harapan UBS) pada Khamis (1 Dis). Beliau yang merupakan Seniman Bersekutu di badan kreatif Access Path Productions menerima anugerahnya daripada Presiden Halimah Yacob di Istana. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (2 Dis).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg