Pencipta kandungan asah bahasa ibunda melalui video komedi
Pengguna Berdaftar
Pencipta kandungan asah bahasa ibunda melalui video komedi
Pamela Lee Nur Shuhadah yang ibunya Melayu, bapanya pula Cina semakin dikenali melalui Instagram, TikTok
Mar 6, 2024 | 5:30 AM
Bermula dengan niat mengongsikan apa yang dialaminya semasa berkunjung ke rumah saudara-mara semasa perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya melalui video, pencipta kandungan, Pamela Lee Nur Shuhadah, mengakui bahawa ia juga peluang untuk dirinya mengasah dua bahasa ibundanya – bahasa Cina dan Melayu.
Pamela, 24 tahun, yang bapanya berbangsa Cina dan ibu berbangsa Melayu, mula dikenali melalui aplikasi Instagram dan TikTok di mana beliau menghasilkan video pendek berunsur komedi.
Laporan berkaitan
Sharifah Rose mekar dengan niaga tudung Feb 16, 2024 | 4:26 PM
‘Cinta’ bangkit semangat Marsha Milan selepas 19 tahun menanti Dec 8, 2023 | 10:20 AM

