Ibarat peribahasa, genggam bara api biar sampai jadi arang – kejayaan pencipta kandungan digital Singapura, Ridhwan Azman, tidak datang secara tiba-tiba.

Daripada berlakon di layar perak hingga mencipta kandungan di YouTube, Ridhwan, 31 tahun, berusaha mengekalkan kerelevanan dan daya kreativitinya dengan mendekati pelbagai cabang seni seperti lakonan, nyanyian dan pengacaraan.