Premium
Pendidik papar pengalaman bimbing anak patuh peraturan
Nov 10, 2017 | 5:30 AM

INGIN FAHAMI KELAKUAN ANAK: Encik Faizal mula minat membaca dan menyertai kursus tentang keibubapaan selepas anaknya, Anissa Fatini, kini 16 tahun, dilahirkan dan didapati berkelakuan lain berbanding kanak-kanak biasa. - Foto ihsan MOHAMED FAIZAL AHMAD -
SEPERTI kebanyakan ibu bapa, Encik Mohamed Faizal Ahmad mula berminat tentang keibubapaan selepas menyambut kelahiran cahaya matanya.
Namun, beliau, yang ketika itu bekerja dalam bidang kejuruteraan, mula membaca dan mengikuti kursus berkaitan keibubapaan kerana mahu memahami mengapa anak tunggalnya berkelakuan lain daripada kanak-kanak lain.

