Premium
Penerbit TV veteran Mokram Kasim mahu aktif semula
Baru pulih dari angin ahmar, akan adakan muzikal 'Malam Selendang Sutra' di Hotel Concorde hari ini
Sep 15, 2019 | 5:30 AM
MINAT TERBIT RANCANGAN BUDAYA: Encik Mockram pernah memenangi anugerah merit Raduga 83 bagi kesan istimewa, bagi rancangan kebudayaan Strength to Strength di sebuah festival filem di Moscow. - Foto BM oleh GIN TAY -
NAMA Mockram Kassim dahulu tidak asing lagi di kalangan mereka yang terlibat dalam bidang penyiaran.
Mockram, 69 tahun, merupakan penerbit utama yang mencetuskan idea dan menghasilkan rancangan Melayu berunsur kesenian yang ditayangkan di saluran televisyen Badan Penyiaran Singapura (SBC) pada tahun 1980-an.

