Penerima Anugerah Lee Kuan Yew NYP manfaat ilmu proses ubatan
Premium
Penerima Anugerah Lee Kuan Yew NYP manfaat ilmu proses ubatan
May 7, 2019 | 5:30 AM
MATANG JIWA DAN MINDA: Sebagai pelajar matang, penerima Anugerah Lee Kuan Yew di Politeknik Nanyang (NYP), Encik Shahreyll Khairoullah, tidak sia-siakan masanya bagi mendalami ilmu memproses ubat-ubatan, sesuatu yang terinspirasi daripada melihat penderitaan arwah neneknya yang menghidap kencing manis. - Foto BH oleh HARYANI ISMAIL -
CITA-CITA awal Encik Shahreyll Khairoullah ketika meniti usia remaja adalah menjadi doktor yang dapat merawat dan mengubati pesakit seperti neneknya yang menderita penyakit kencing manis.
Namun, setelah kembali daripada pengajian enam tahun di sekolah berasrama Ma'had Al-Zaytun di Indramayu sekitar Jawa Barat, beliau menyedari banyak lagi cabang pendidikan boleh dipelajari jika niat murninya membantu pesakit.

