Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Pengarah terima amanah besar ubah wajah ‘Cantik Detektif’

Jul 09, 2023 | 05:30 AM

Nama pengarah Mahfuz Mazlan dikaitkan dengan drama ‘berat’ seperti Bidadari mahupun drama futuristik seperti Distopia.

Sebelum ini pula, beliau pernah mengarah drama komedi Baba Papa The Series.

Bagaimanapun apabila diberi amanah memberi kesegaran pada program informasi Cantik Detektif yang kebanyakan masanya ditonton kaum Hawa, Mahfuz, 49 tahun, tidak bimbang bahkan menyahut cabaran untuk mengembara bersama kru program itu dan pengacaranya Huda Ali.

Sejauh ini, mereka telah pun mengembara ke Kyoto dan Osaka di Jepun; Luang Prabang di Laos dan Chiang Mai di Thailand.

Ini merupakan musim kelima Cantik Detektif yang bermula sekitar 10 tahun lalu dan direhatkan selama lima tahun kerana Covid-19 dan juga ketika Huda hamil dan melahirkan anak keduanya, Luke Qalish.

Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Mahfuz berkata:

“Saya sebenarnya pernah mengarah sebahagian daripada Cantik Detektif (Musim 4). Kali ini, bos The Moving Visuals, Khim Loh, mengamanahkan saya dengan tugas mengubah dan mengemaskinikan Cantik Detektif yang suatu masa dahulu pernah mendapat rating yang tinggi.

“Walaupun program ini santai, mencabar untuk bawa perubahan pada siri yang sudah lama diperkenalkan kepada penonton dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Saya cuba membawa konsep baru dengan mengekalkan ‘feel’ atau jiwa yang ramai penonton sedia maklum mengenai program menjejak rawatan, amalan dan terapi kecantikan dan kesihatan di serata negara.”

Menurutnya, memandangkan Huda adalah pengacara yang kaya daya humor dan bersahaja, Mahfuz dapat menggunakan pengalamannya mengarah drama komedi untuk diterapkan dalam Cantik Detektif.

“Keseluruhan wajah program ini akan diubah tanpa mengganggu ‘feel’-nya. Saya terfikir tentang satu gagasan idea yang besar yang belum pernah saya teroka sebelum ini. Ia ala-ala drama dahulukala dan di zaman kuno seperti period drama,” kongsinya.

Mahfuz memberi gambaran perjalanan pasukan Cantik Detektif ini jauh dengan wujud perancangan untuk sampai ke kepulauan Hawaii. Sebelum ini, program ini pernah ke Finland dan New Zealand yang dianggap destinasi yang biasa dikunjungi orang Singapura.

Bagi Mahfuz, beliau pentingkan sinematografi dan juga unsur rakaman yang biasa digunakan dalam travelog santai.

“Mudah untuk arah Huda sebab orangnya selamba, kelakar dan ‘candi’. Diharapkan musim kali ini akan menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikan gelagat si Cantik Detektif,” katanya. – HARYANI ISMAIL

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3