Bila: Disambut pada hari ke-15 bulan kelapan kalendar lunar, biasanya pada akhir September atau awal Oktober, menandakan fasa bulan penuh.
Asal Usul: Bermula daripada tradisi lama penuaian di China dan penyembahan bulan, ia melambangkan tamatnya musim menuai dan penyatuan keluarga.
Kuih Bulan: Pastri tradisional yang diisi dengan bahan manis atau masin, kek bulan melibatkan amalan bertukar-tukar juadah itu antara keluarga dengan rakan sebagai simbol perpaduan dan kemakmuran. Kini, terdapat pelbagai jenis kuih bulan, seperti kuih bulan ‘snowskin’, yang tidak perlu dibakar.
Legenda: Dikaitkan dengan pelbagai mitos, termasuk kisah Chang’er, Dewi Bulan, yang dikatakan tinggal di bulan bersama arnabnya.
Simbol tanglung: Tanglung dipercayai menerangi laluan untuk mencari rezeki dan kejayaan. Sinaran ini dianggap sebagai memberi panduan kepada masa depan yang positif. Kegiatan pesta tanglung, juga melibatkan keluarga dan masyarakat berhimpun bersama. Pengalaman ini seringkali dinikmati kanak-kanak dan secara langsung memupuk rasa perpaduan dan kebersamaan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg