Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenggubah bukan Melayu warnai 'Projek Lagu'
Premium
Penggubah bukan Melayu warnai 'Projek Lagu'
Penggubah bukan Melayu warnai 'Projek Lagu'
PENGALAMAN BARU: Siswa Maktab Seni Lasalle, Andy Gan, yang terdedah pada muzik sejak usia empat tahun mencuba nasib di 'Projek Lagu' bersama Aisha. - Foto MEDIACORP SURIA -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 21, 2021 | 5:30 AM
WALAUPUN bukan berbangsa Melayu malah merupakan kacukan Cina-Jepun, mahasiswa kursus ijazah muzik di Maktab Seni Lasalle, Andy Gan, tetap bersemangat dan layak menjadi antara 12 finalis peraduan cipta lagu Suria, Projek Lagu.
Pemuda berusia 25 tahun yang mula bermain piano dan biola seawal usia empat tahun bergabung tenaga dengan rakan sekolahnya di Lasalle, Aisha Ayesha (Huraisha Mohd Rafee), kini spesialis pemasaran, bagi peraduan ini.
