Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penghibur dan pengacara Roslan Shah rebah di set 'Wanita Hari Ini'

Feb 28, 2022 | 6:31 PM
Foto TANGKAP LAYAR INSTA STORY ROSLAN SHAH
Foto TANGKAP LAYAR INSTA STORY ROSLAN SHAH -

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara asal Singapura, Roslan Shah rebah tiba-tiba ketika tampil pada program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara langsung di studio Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, tengah hari Isnin.

Menerusi program yang membawakan topik Si Mulut Tempayan, Roslan yang sedang rancak berbual dengan hos iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana kemudian terbatuk-batuk sebelum jatuh dari kerusinya, lapor akhbar Harian Metro.

Program itu dihentikan dengan siaran iklan sementara kakitangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan.

Roslan segera diberikan rawatan oleh doktor yang mendapati bacaan darahnya agak tinggi.

Roslan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.

Turut tampil dalam program terbabit ialah Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip.

Sebelum ini, Roslan di dalam Insta Story-nya, menjelaskan beliau kurang sihat sejak dua hari lalu dengan kepala yang berat sebab terkena hujan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg