Wira pejuang filem pelajar
Wira pejuang filem pelajar
Hero drama 1990-an Awad Salim, jayakan projek seni pelajar kerana genre futuristik, jalan cerita mencabar, potensi ke pesta filem antarabangsa
Wira pejuang filem pelajar
Walaupun sudah dikenali di kaca televisyen setempat, beberapa pelakon Singapura mendambakan cabaran dari segi evolusi watak yang boleh dipaparkan. Lantaran itu, mereka tidak teragak-agak menjayakan filem ringkas hasil ilham dan penerbitan pelajar perfileman di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik atau institusi seni setempat. Bayaran tidak menjadi ukuran dek bajet terhad kumpulan pelajar ini. Sebaliknya, keunikan jalan cerita filem ini yang menjadi tarikan buat pelakon ini membantu. BERITA HARIAN melaporkan.
PADA usianya yang sudah mencecah 50 tahun, pelakon setempat Awad Salim Ramli akur kerap diberi watak bapa, datuk, bomoh atau penjahat bagi drama televisyen.

