SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pentas gamat dek dua pengacara ommph!

Pentas gamat dek dua pengacara ommph!

May 9, 2023 | 5:30 AM

Pentas gamat dek dua pengacara ommph!

DUA PENGACARA 'MASUK AIR': Kak Lina Pom Pom (kiri) dan Rina Nose mempunyai tenaga hiperaktif untuk membahangkan lagi pentas Big Stage 5.
DUA PENGACARA 'MASUK AIR': Kak Lina Pom Pom (kiri) dan Rina Nose mempunyai tenaga hiperaktif untuk membahangkan lagi pentas Big Stage 5. -

LETAK pengacara, penyanyi, pelakon dan pelawak Malaysia, Elly Mazlein, yang lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom di pentas sahaja sudah 'gamat' keadaan.

Bayangkan apabila beliau disertai pengacara, penyanyi dan pelawak Indonesia, Rina Nose, tak kering gusi penonton dibuatnya.

Inilah yang berlaku pada Ahad apabila tirai peraduan realiti Big Stage (Musim Kelima) dibuka di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Rina, 39 tahun, mulanya tampil sebagai Bonda Hetty Koes Endang yang lebih muda dan langsing.

Kak Lina, 42 tahun, pula seperti biasa menghiburkan dengan kekeletahan dan kata-kata 'Three four' sebelum memulakan sesuatu perkara seperti menyanyi, meminta komen pengadil atau bergambar 'selfie'.

Dalam wawancara Astro selepas program tamat, Rina berkata: "Saya sebenarnya bingung dan risau sewaktu mula-mula ditawarkan mengacara program ini. Ini kali pertama saya diundang mengacara di Malaysia...yang buat pening bahasa Melayu. Kalau saya berbahasa Indonesia, orang faham tidak?

"Tapi kerana pening tukar-tukar bahasa dari Melayu ke Indonesia, sampai tercakap bahasa Korea dan Mandarin!"

Warganet rata-rata memuji kededua selebriti ini yang dikatakan "gila-gila" dan "masuk air".

Tetapi ada juga yang merasakan suasana menjadi terlebih kecoh sehingga mereka merindukan kehadiran pengacara asal, Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Warganet KnizaM Leo menulis di Twitter: "Aku tak tahulah korang macam mana tapi aku rindukan Alif Satar, Sherry Alhadad dan Datuk Seri Siti Nurhaliza."

Ada juga yang membandingkan Kak Lina dengan Rina.

"Saya macam tak percaya tetapi Rina jadikan Kak Lina nampak macam biasa. Selalu kan Kak Lina 'Nombor Satu'!" tulis TopeqAG.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg