SEBUAH naskhah yang mengisahkan cabaran warga emas, Cahaya Di Hujung Senja, telah dipentaskan oleh persatuan bahasa Melayu (Perbayu) Maktab Rendah Anglo-Chinese, baru-baru ini.

Nashkah karya M Saffri A Manaf, yang pernah memenangi Anugerah Sastera 2009 yang asalnya ditulis untuk drama radio, telah diarahkan aktivis teater prolifik, Anwar Hadi Ramli.