Premium
Pentaskan ragam pelik tapi benar sewaktu Covid-19
Sep 29, 2020 | 5:30 AM
`SAJIAN MAIN TULIS GROUP: 'Rindu Jadi Lagu' dijayakan (dari kiri) Shafiqhah Efandi, Siti Maznah, Rusydina Afiqah, Sabrina Dzulkifli (penulis) dan Nabilah Said (moderator perbincangan dengan penulis dan pelakon). - Foto MAIN TULIS GROUP -
EMPAT tahun lalu, sekumpulan penggiat teater bersatu hati membangun kolektif seni Main Tulis Group sebagai satu cara penulis naskhah pentas berkongsi idea dan menghasilkan karya asli baru di luar rangka kerja syarikat teater atau projek yang dikomisyen.
Ia juga satu usaha menjadikan proses kreatif menulis tidak terasa sepi atau terasing dengan perkongsian maklum balas mampu diberi di samping hubungan profesional sesama mereka lebih diperkasa.

