Hanya 15 minit diperlukan tiga beradik, Qairina, Qa’id dan Qawiem Husaini, untuk mengubah bilik tidur mereka menjadi kafe ‘olok-olok’.

Pelbagai hidangan daripada salad sayur dan buah kepada aiskrim banana split – dibuat menggunakan mainan plastik dan kayu – ditawarkan kepada ‘pelanggan’ yang datang.