Penulis ‘keluar masuk kelab malam’ demi hasilkan skrip drama
Pengguna Berdaftar
Penulis ‘keluar masuk kelab malam’ demi hasilkan skrip drama
Amanah Mustafi, penulis skrip drama televisyen, bersara daripada dunia penyiaran selepas berkhidmat 40 tahun, kini mahu hasilkan novel
Dec 6, 2023 | 5:30 AM
Apabila penulis bertanya jurufoto Berita Harian, Encik Muhammad Shafiq Apandi yang muda belia, sama ada beliau pernah mengikuti siri drama remaja popular di televisyen, Anak Metropolitan, beliau mengangguk ghairah.
“Ha, kalau nak tahu inilah salah seorang penulis skrip drama Anak Metropolitan,” kata penulis sambil mengenalkan beliau kepada Cik Amanah Mustafi, yang menyambut perkenalan itu dengan senyuman.
Laporan berkaitan
Tiga wanita peneraju TV Melayu S'puraOct 17, 2021 | 9:54 PM
Hasilkan buku lestarikan bahasa, budaya BaweanMay 17, 2023 | 11:38 AM

