Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Aiman Tino tamatkan zaman bujang

Apr 28, 2023 | 6:49 PM
Foto HARIAN METRO
Foto HARIAN METRO -

PENYANYI Aiman Tino sah menjadi suami kepada pasangan pilihannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24 tahun, dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 5.41 petang, Khamis di dewan Astana, Shah Alam.

Laman Astro Awani melaporkan Aiman atau Muhammad Aiman Yusri dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis berwakil walikan abang Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.

Pada majlis tersebut penyanyi berusia 25 tahun itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM5,000 ($1,497) berserta seutas gelang emas kepada isteri tercinta.

Sebelum upacara akad nikah diadakan, pasangan sama cantik sama padan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dalam majlis yang sama.

Pasangan itu juga akan diraikan dalam majlis kenduri pada 6 Mei ini di Shah Alam, Selangor.

Majlis akad nikah pasangan itu juga disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Magica Events.

Pada awal Februari lalu penyanyi berusia 25 tahun itu mendedahkan mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada pertengahan tahun ini.

Menyingkap bibit pertemuan Aiman dan Syarah, mereka diperkenalkan kawan pada 2019 sebelum sepakat menjadi rakan bisnes perniagaan penyanyi itu sebelum melangkah ke fasa bercinta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg