SEREMBAN: Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu loghat Negeri Sembilan, Mastura Domo Ismail, 65 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 8.40 malam pada Rabu (9 Februari).

Laman Utusan Online melaporkan, anak Allahyarhamha, Arianty Mokhtar, 40 tahun, berkata, ibunya itu meninggal dunia di kediamannya di Taman Cheras Idaman, Kajang, Selangor.

"Arwah ibu saya meninggal di rumahnya di Taman Cheras Idaman lebih kurang 8.40 malam tadi. Dia meninggal akibat barah ovari tahap empat.

"Arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Sungai Long, Kajang esok (Khamis)," katanya.

Mastura yang berasal dari Mentakab, Pahang, cukup popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang yang dinyanyikan bersama pasangan duetnya, Ally Noor. - Utusan Online