Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi dangdut Dewi Perssik pernah jadi guru ngaji

May 08, 2023 | 05:30 AM



SEWAKTU berada di bangku sekolah, penyanyi dangdut dan pelakon sinetron, Dewi Perssik, pernah menjadi guru ngaji dan dibayar antara 15 hingga 20 ribu rupiah ($1.36 hingga $1.81).



"Aduh, kalau zaman dahulu, wang sejumlah itu agak banyak. Zaman sudah jauh berubah. Sekarang mungkin setara 200,000 rupiah atau 300,000 rupiah," kata Dewi dalam program sembang Studio Pagi-Pagi Ambyar di saluran Trans TV.



Meskipun harus melalui jalan yang panjang dengan berjalan kaki untuk mengajar, Dewi, 37 tahun, mengaku senang kerana dapat bergaul dengan ustaz dan ustazah.



"Tapi alhamdulillah saya dapat makan sama ustazah-ustazah, selain rakan lain.



"Dari rumah ke pusat pendidikan Baitul Amin itu jauh tapi saya jalan kaki setiap hari. Setiap tengah hari pula, saya pulang sekolah sekitar 12 tengah hari atau 1 petang. Selepas itu, saya balik lagi ke Baitul Amin antara 3 petang hingga 7 malam untuk mengajar ngaji," tambahnya.



Apakah Dewi merindui zaman menjadi guru ngaji? Menurutnya, beliau kepingin melalui detik itu lagi, apa lagi mengaji menjadi lebih mudah kini dengan kemudahan Internet.



"Saya perhatikan ramai yang mula belajar mengaji dalam talian atau khidmat guru swasta diperolehi. Dahulu, ada yang panggil saya ustazah. Saya tak kisah jalan jauh sebab dekat dengan asatizah. Kalau balik kampung, saya pasti akan singgah ke Baitul Amin.



"Kebetulan teman-teman saya pun tiada lagi di situ. Ada guru, ustaz dan ustazah pun sudah meninggal dunia. Kalau pun yang masih ada, mereka sudah tidak mengajar mengaji di situ.



"Lebih ramai anak muda yang mengajar adik-adiknya mengaji di sana," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >