SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penyanyi dangdut Mas Idayu kini isteri penerbit TV3

Penyanyi dangdut Mas Idayu kini isteri penerbit TV3

Sep 16, 2022 | 11:57 AM

Penyanyi dangdut Mas Idayu kini isteri penerbit TV3

Foto KOSMO! ONLINE
Foto KOSMO! ONLINE -

SELEPAS 15 tahun hidup menyendiri, penyanyi dangdut popular Mas Idayu kembali bergelar isteri apabila menikahi penerbit eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa dalam sebuah majlis di ibu negara sekitar pukul 10.40 pagi Jumaat (16 September).

Dalam majlis tersebut, Mas Idayu, 50 tahun, dan Sufian, 51 tahun, sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz, lapor laman Kosmo! Online.

Pasangan itu dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Pada majlis yang dihadiri lebih 100 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001 ($310.99) dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Terdahulu, awal April lalu, Mas Idayu mengesahkan bakal menamatkan zaman janda dengan Sufian yang mula dikenali sejak program Mentor 3 pada 2008.

Biarpun bukan perkahwinan pertama, Mas Idayu tetap berasakan pernikahan kali ini seperti pernikahan pertama mereka. Lebih indah, pasangan itu juga mendapat tajaan dianggarkan RM7 juta, merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Pernikahan mereka juga dikatakan bakal mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).

Terdahulu, penyanyi Robek Hatiku itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai sembilan tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. - KOSMO! ONLINE

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg