Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Ibnor Riza masuk ICU

Feb 21, 2023 | 7:00 PM
KEADAAN TIDAK STABIL: Ibnor Riza terpaksa ditidurkan bagi membolehkan doktor mencari puncanya pengsan, selain mengesan masalah penyakit lain.
KEADAAN TIDAK STABIL: Ibnor Riza terpaksa ditidurkan bagi membolehkan doktor mencari puncanya pengsan, selain mengesan masalah penyakit lain. - Foto fail

PENYANYI popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, kini dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, selepas pengsan di kediamannya, pagi Ahad. Rakannya yang juga penyanyi Nizam Laksamana berkongsi, Ibnor terpaksa ditidurkan bagi membolehkan doktor mencari puncanya pengsan, selain mengesan masalah penyakit lain. "Isteri Ibnor menghubungi saya memaklumkan suaminya pengsan. Dalam perjalanan dengan menaiki ambulans, Ibnor sedar seketika, namun kembali tidak sedarkan diri. "Saya dapat maklumat Ibnor kini dirawat di ICU dan ditidurkan. Doktor masih mencari puncanya pengsan dan diserang sawan," katanya lapor Berita Harian Malaysia. Meskipun belum mendapat laporan penuh mengenai keadaan penyanyi yang popular menerusi lagu Meneka Dalam Kesamaran itu, namun berdasarkan rawatan awal mendapati ia ada kaitan dengan masalah saraf yang membengkak pada bahagian leher yang dihidapinya sejak beberapa bulan lalu. "Saya tak pasti apa yang menyebabkan Ibnor pengsan, namun apa yang diberitahu ia berkemungkinan berpunca daripada saraf yang membengkak di lehernya. Disebabkan itu, ia mengganggu aliran oksigen ke otak dan jantung. "Saya baru sahaja bercakap dengan Ibnor menerusi panggilan video, kelmarin. Saya menziarahinya ketika dimasukkan Hospital Kuala Lumpur (HKL)," cerita penyanyi yang popular menerusi lagu Gugurlah Bunga Cinta. Sebelum ini, Ibnor dilaporkan menghidap pelbagai komplikasi penyakit seperti leher membengkak, darah tinggi, kencing manis, hilang suara, migrain dan tahap kolesterol kritikal serta pernah dimasukkan ke HKL selama dua minggu akibat sesak nafas dan pitam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg