SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penyanyi lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim, meninggal dunia

Penyanyi lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim, meninggal dunia

Aug 25, 2021 | 6:08 PM

Penyanyi lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim, meninggal dunia

d8a87a97-9478-47cd-95cf-f22b39caf738
-

Penyanyi legenda Minang, Elly Kasim Ali Umar, 77 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit radang usus di Pusat Perubatan RS Metropolitan, Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 3.48 pagi, Rabu (25 Ogos). Berita pemergian penyanyi yang dikenali menerusi lagu Ayam Den Lapeh itu disahkan oleh anak saudaranya, Arfi Bambani kepada portal Suara.com. Bagaimanapun, Arfi menafikan pemergian penyanyi legenda lagu Minang akibat COVID-19. "Arwah sudah dirawat di rumah sakit. Memang arwah mempunyai sakit kronik, bukannya COVID-19. "Penyakit radang usus semakin kronik hingga sampai merebak ke bahagian organ lain," kata Arfi. Bagi Arfi, arwah Elly menjadi kebanggaan bukan hanya keluarga, tetapi daerah asalnya. "Arwah kerap membawakan lagu-lagu Minang. Sebut sahaja lagu popular seperti Ayam Den Lapeh, Mudiak Arau, Badindin dan banyak lagi. "Arwah dan ibu saya adik beradik berasal dari Tiku, Sumatera Barat. Arwah menjadi kebanggaan orang kampung. "Setiap kali ada majlis pernikahan, lagu dendangan pasti berkumandang di pesta kampung," katanya. Presiden Persatuan Minangkabau Singapura, Encik Marah Hoessein Salim, berkata masyarakat Minangkabau Singapura turut berdukacita. "Doa kita bersama insyallah arwah mendapat tempat sebaik-baiknya di sisi Allah dan semoga keluarga besarnya tabah dan sabar dalam menerima ketentuan Allah ini," katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg