Premium
Penyanyi legenda David Bowie meninggal dunia
Jan 12, 2016 | 5:30 AM

DAVID BOWIE: Nama beliau pernah harum antaranya menerusi album 'The Rise and Fall of Ziggy Stardust And Spiders From Mars' (1972). - Foto REUTERS -
SELEPAS secara diam melawan penyakit barah selama 18 bulan, penyanyi legenda dari Britain, David Bowie, akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya kelmarin pada usia 69 tahun.
Bintang rok legenda itu, yang baru mengeluarkan album baru pada minggu lalu, terkenal sebagai pencipta rok glamour dan merupakan salah seorang artis paling berjaya pada abad ke-20.

