Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi M'sia Sufian Suhaimi cipta puisi untuk Mahathir

Feb 27, 2020 | 1:30 PM
Sufian Suhaimi hasilkan buku puisi Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi yang mengandungi 66 sajak dan luahan bicara khas buat peminat. - Foto BH oleh SITI NURASHIKA MOHD ALI
Sufian Suhaimi hasilkan buku puisi Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi yang mengandungi 66 sajak dan luahan bicara khas buat peminat. - Foto BH oleh SITI NURASHIKA MOHD ALI -

KUALA LUMPUR - Penyanyi Sufian Suhaimi telah mencipta puisi untuk Perdana Menteri Sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam buku puisi sulungnya, Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi.

Sufian amat memuji tinggi bakat kepimpinan dan sifat Dr Mahathir walaupun pemimpin negara itu sudah lanjut usia, hingga beliau mencipta puisi bertajuk 'Terima Kasih Tun' (Buat Seorang Mahathir), lapor Berita Harian Malaysia.

"Puisi itu ialah pengamatan saya dalam banyak aspek termasuk personaliti dan kepintaran Dr Mahathir biarpun dihambat usia.

"Saya melihat Dr Mahathir sebagai sosok yang dikagumi ramai. Jasa dan sumbangannya cukup besar kepada kita rakyat Malaysia dan seluruh dunia," katanya sewaktu majlis pelancaran buku puisi pada Rabu (26 Februari).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg