SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penyanyi, pelakon Adibah Noor meninggal dunia

Penyanyi, pelakon Adibah Noor meninggal dunia

Jun 18, 2022 | 9:02 PM

Penyanyi, pelakon Adibah Noor meninggal dunia

c91d9e1c-fbc7-42f4-ad56-e2aa91d43e6e
- ASTRO AWANI

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor, meninggal dunia pada 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, setelah mengalami sesak nafas.

Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida. "Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia," katanya dalam muat naik sekitar 8 malam, lapor Astro Awani.

Selebriti yang disenangi ramai dengan nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar itu berusia 51 tahun. Adibah dilaporkan menghidap barah ovari.

Pada minggu lalu, namanya kembali menjadi tajuk utama portal hiburan setelah tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.

Namun, dalam temu bual bersama wartawan, Adibah hanya memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat semenjak bulan Ramadan lalu.

Kemunculan awal Allahyarham di layar perak bermula pada tahun 2005 filem seperti Sepet, Gubra dan Mukhsin karya sutradara Yasmin Ahmad, dan sejak itu beliau membuat kemunculan dalam puluhan drama televisyen dan filem.

Dalam dunia nyanyian, beliau sempat merakamkan dua buah album studio iaitu Terlalu Istimewa (2005) dan Teman (2010), selain turut merakamkan banyak single khas, termasuk duet bersama penyanyi lain.

Sepanjang hayatnya juga, Adibah dikenali sebagai individu yang senang mendekati pengikut dan peminatnya menerusi platform media sosial. Allahyarham antara lain diingati sebagai figura umum yang suka mendidik berkaitan penguasaan bahasa Inggeris, selain berkongsi cerita seni persembahan dan kesedaran menjaga alam sekitar serta haiwan terutamanya kucing.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg