Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyanyi, penggubah setempat cipta 3 lagu dalam Ramadan
Penyanyi, penggubah setempat cipta 3 lagu dalam Ramadan
Penyanyi, penggubah setempat cipta 3 lagu dalam Ramadan
BUKAN satu, tapi tiga lagu sekali gus penyanyi dan penggubah lagu setempat, Diana Nazyra hasilkan dalam Ramadan tahun ini,
Seperti kebanyakan projek lalunya, kesemua lagu kali itu merupakan kolaborasi dengan penyanyi setempat lain.
Satu lagu mengenai bulan suci ini, berjudul Ramadiyu Y Ramadan, dirakamkan bersama kumpulan vokal, DCpella.
Dua lagi adalah lagu Hari Raya, berjudul Raya Tralala (duet bersama abangnya, Mohd Noor Akhbar Ali) dan Pertemuan Di Pagi Raya (nyanyian Ryzall Noh).
Sebelum ini beliau telah menghasilkan tiga lagu Hari Raya, termasuk Trio Beraya (bersama Rosalina Musa dan Dwhan Abu); Joget Riang Raya (nyanyian anaknya, Ainul Yaqin) dan Fitrah Lebaran (duet Diana dengan Putri Emily).
Menurut Diana, lagu Ramadiyu Y Ramadan yang dihasilkan dengan suaminya, Abdul Razak Johar sebagai penulis lirik, adalah gubahan pertamanya mengenai Ramadan.
"Diana dapat ilham lagu ini ketika duduk di kolong blok dan ketika itu hujan turun sangat lebat.
"Ramadiyu itu bermaksud "hujan" yang terlihat pada akhir musim panas, pada awal musim gugur dan membersihkan bumi dari debu.
"Diana bersyukur dapat mendendangkan lagu ini bersama teman-raman dari DCpella... mereka memang pilihan yang terbaik dalam menyanyikan lagu ini," ujar beliau.
Beliau telah mendapat bantuan Amir Mansor untuk sentuhan muzik, dan tiupan seruling yang menyentuh hati oleh Alhafiz Jamat. "Harapan Diana agar lagu ini dapat diterima dengan baik oleh masyarakat, dan mesej yang disampaikan dalam lagu ini dapat membuka hati kita semua untuk menuju ke arah yang lebih baik dan memperbaiki segala kesilapan," tambah beliau.
Mengenai lagu Raya Tralala yang diduet bersama Mohd Noor, Diana berkata abangnya itu merupakan idolanya sejak kecil dan menjadi inspirasi yang menariknya agar terlibat dalam kegiatan dikir barat pada era 1990-an dulu.
Mohd Noor adalah penyanyi di dalam album Dikir Temasek 1 & 2, di mana beliau banyak mendendangkan lagu-lagu seperti Cenderawasih, Puteri Gunung Warisan dan Dyan Yulaiha, yang digubah oleh Allahyarham Zaidy Nandir.
"Allahyarham juga pernah berpesan kepada Diana agar terus berkarya dan jangan putus asa dalam memperjuangkan irama muzik Melayu.
Ini kali pertama kami dua beradik merakamkan suara bersama dan ia menjadi satu kenangan indah," ujarnya.
Lagu Pertemuan Di Pagi Raya yang dinyanyikan oleh Ryzall Noh pula ditulis oleh penulis sajak, Kamaria Buang.
"Diana rasa terharu apabila Kamaria telefon saya minta gubahkan lagu untuk lirik tulisannya.
"Bagi saya, Kamaria adalah penulis yang hebat dan amat disegani.
"Tercabar juga untuk gubahkan lagu ini untuk penyanyi yang bersuara mantap seperti Ryzall... perlu juga sesuaikan lagu ini dengan suara beliau yang lebih kepada genre rok.
"Alhamdulillah Diana bersyukur diberi peluang dan kepercayaan ini yang datang secara tidak disangka.
Ryzall Noh juga dapat mendendangkan lagu ini dengan baik dan penuh penghayatan," ujar beliau.
Lebih manis,tambah Diana projek kali ini ini turut disokong pemuzik mapan Singapura seperti pemain gitar hebat Shukor Jalil, selain pemain seruling hebat seperti Alhafiz Jamat, penyusun Amir Mansor dan penyanyi latar yang berpengalaman, Dhwan Abu.
"Mereka sangat professional dalam membuat kerja seni ini.
"Harapan Diana agar lagu-lagu Melayu dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan sentiasa menyokong semua bakat-bakat setempat kita, tak kira yang lama atau yang baru," kata Diana.
"Diana dapat ilham lagu ini ketika duduk di kolong blok dan ketika itu hujan turun sangat lebat.
"Ramadiyu itu bermaksud 'hujan' yang terlihat pada akhir musim panas, pada awal musim gugur dan membersihkan bumi dari debu.
Diana bersyukur dapat mendendangkan lagu ini bersama teman-raman dari DCpella... mereka memang pilihan yang terbaik dalam menyanyikan lagu ini." - Penyanyi dan penggubah lagu setempat, Diana Nazyra.
