Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Siti Sarah ditidurkan di ICU, jalani pembedahan keluarkan bayi

Aug 06, 2021 | 05:45 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, yang sarat hamil tujuh bulan, terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, berikutan tahap oksigen tidak stabil.



Suami Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu meminta peminat mendoakan agar isteri dan bayi dikandung, diberi kekuatan dan kembali sihat.



"Pagi tadi, isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil. Keadaan isteri tidak berapa baik.



"Saya mohon pada hari baik, hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka," tulis Shuib di laman media sosialnya pada Jumaat (6 Ogos).



Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya, suami dan tiga cahaya mata positif Covid-19.



Siti Sarah dan keluarga mengambil ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti virus berkenaan, pada 25 Julai lalu.



Sementara itu, syarikat pengurusan Siti Sarah, Indigital Music menjelaskan penyanyi itu ditidurkan bagi membolehkan dirinya berehat, badan tidak bekerja kuat dan mengelak banyak berfikir.



Pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom berkata, Shuib memberitahu syarikat pengurusan bahawa doktor terpaksa menidurkan Siti Sarah untuk membolehkannya berehat.



"Shuib akur apa sahaja yang disarankan hospital, demi kebaikan isterinya itu," katanya.



Majlis bacaan yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya dianjurkan pada jam 12.30 tengah hari Jumaat, dipimpin Iman Muda Asyraf.



Sementara itu, maklumat terbaru yang diterima daripada Indigital Music menyatakan, paras oksigen Siti Sarah semakin baik dan doktor melakukan pembedahan mengeluarkan bayi.



Siti Sarah dikejarkan ke hospital Rabu lalu selepas batuk dan mengadu tidak selesa berikutan tahap oksigen yang menurun.



Siti Sarah sepatutnya memotong gelang pada hari sama dimasukkan ke hospital.



Bagaimanapun, Shuib bersama tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >