Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Zamani harap dapat berdiri tegak selepas jalani pembedahan

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



VOKALIS kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, berharap beliau dapat berdiri tegak seperti dahulu selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok.



Menurut Zamani, 51 tahun, pembedahan yang dijangka berlangsung pada November ini akan dilakukan bagi memperbetul urat tunjangnya.



"Alhamdulillah buat masa sekarang kesihatan saya dalam keadaan baik cuma masalah utama saya sekarang adalah urat tunjang.



"Pembedahan ini pun dilakukan untuk perbetulkan urat tunjang itu. Saya harap lepas pembedahan nanti, saya boleh berdiri tegak semula," kata Zamani sewaktu menjadi tetamu program MeleTOP baru-baru ini.



Dalam pada itu, Zamani bakal membuat persembahan pada 'Konsert Doa Buat Zamani' pada 30 September ini di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini diadakan bagi membantu Zamani mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehidupan harian selepas itu.



"Saya akan menjalani pembedahan selepas konsert, dan pembedahan akan berlangsung pada hujung tahun nanti," ujarnya lagi.



Konsert yang dijadualkan berlangsung selama 90 minit hingga 120 minit ini dibuat dalam versi unplugged dan akan dihadiri oleh rakan seni di Malaysia.



Antara yang bersama-sama dalam konsert ini ialah Fauziah Latif, Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta penampilan istimewa oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.



Sebelum ini pada Jun lalu, Aznil melancarkan kempen mengumpul dana Zamani sehingga berjaya mendapat RM100,000.



Sambutan itu, kata Aznil, membuktikan semangat bersatu padu masyarakat membantu insan yang memerlukan, selain mereka menyayangi penyanyi tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >