Premium
Rahsia putus tunang AWIE-ERRA terungkap dalam konsert
Feb 21, 2020 | 5:30 AM
ROMANTIS: Suasana di konsert 'Romantika Awie' di Stadium Melawati di Shah Alam, Selangor, di mana penonton bukan saja dapat menyaksikan pentas yang dihias indah dengan bunga-bunga, malah mendengar sekelumit kisah cinta Awie dan Erra Fazira. Mereka mengikat tali pertunangan pada 1996 selepas membintangi filem 'Sembilu', tetapi tali pertunangan itu kemudian putus. - Foto HANIM MOHD SALEH -
MASIH terngiang-ngiang dalam ingatan wartawan dalam satu perbualan dengan penyanyi rok terkenal, Awie, kira-kira 21 tahun lalu di Kuala Lumpur - beberapa hari selepas beliau dilaporkan putus tunang dengan bekas Ratu Malaysia dan pelakon jelita, Erra Fazira.
Kerana kesibukannya, Awie, yang ketika itu baru selesai rakaman di sebuah studio, memilih untuk menjawab soalan wartawan tentang isu hangat itu sambil memandu keretanya sendiri di Kuala Lumpur dan membenarkan wartawan menumpang keretanya.

