Premium
Pereka fesyen Razman Razmi serik urus busana Amelina
Nov 16, 2018 | 5:30 AM
KESAL: Pereka fesyen Razman Razmi kesal pihak Amelina (gambar) tidak memilih busananya yang direka khas buat penyanyi itu bagi persembahan dalam separuh akhir GV5 Ahad lalu. - Foto INSTAGRAM AMELINA -
PEREKA fesyen Malaysia Razman Razmi kesal dengan pihak Amelina yang enggan memakai busana yang telah direka buatnya bagi separuh akhir Gegar Vaganza kelima (GV5) Ahad lalu.
Razman amat kesal kerana Amelina dan pihak pengurusan artis itu sebenarnya memintanya menghasilkan busana. Beliau bertungkus lumus membuatnya, namun pada saat akhir, mereka memilih pakaian pereka fesyen lain.

