Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perjuangan roker SG Yantzen terhenti di suku akhir Gegar Vaganza

Nov 30, 2020 | 11:51 AM



ROKER Singapura dari kumpulan legenda Rusty Blade, Yantzen Juniwan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk memasuki pertandingan Gegar Vaganza 7 (GV7) tetapi melakukannya sebagai usaha membangkitkan semangat anak seni yang suram sewaktu wabak Covid-19.



Pada Ahad (29 November), beliau akur rezekinya terhenti di gelanggang pertandingan peringkat suku akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setelah meraih markah terendah, 44.5 peratus.



Awal sebelum itu, beliau yang menyanyikan lagu kumpulan Ilusi, Segalanya Ku Terima, diberikan ulasan membina daripada juri tetap, Datuk Khadijah Ibrahim.



"Saya dapat rasakan kesedihan dalam lagu yang dibawa Yantzen. Macam terkena dengan dirinya sendiri, kisah hidupnya. Biasanya penyanyi akan dapat beri yang terbaik kalau jalan cerita lagu mengisahkan kehidupan kita dan rintihan hati kita," ujar Khadijah merujuk pada situasi Yantzen yang sudah 16 tahun menduda setelah berpisah dengan isterinya, pelakon dan usahawan Sharifah Haslinda.



Hasil perkongsian hidup sekitar sedekad, mereka mempunyai seorang cahaya mata, Alif Ronan, 21 tahun,  yang kini jauh di rantauan dan menuntut di maktab pengajian di Tarim, Yaman, Darul Qoum Al Ilmy.



Mengenai kedudukannya yang tersingkir dari peraduan, Yantzen memberitahu penonton dengan tenang:



"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di rumah yang setia menonton persembahan saya.



“Kepada peminat saya, saya sayang anda semua dan akan sentiasa bersama anda.



“Alhamdulillah berkat dorongan dan doa anda, saya masih berada di pentas selepas 40 tahun.”



Dalam satu wawancara awal di ambang pertandingan GV7, Yantzen memberitahu Berita Harian, beliau tidak pernah memikirkan niat bertanding di pentas GV7 yang gah kerana menyangka ia gelanggang buat mereka yang sudah lama tidak aktif atau perlu menaikkan nama mereka semula.



“Saya masih terus aktif tetapi seewaktu pandemik, banyak tugasan terjejas. Maka saya terima lamaran pihak Astro untuk sertai GV7.



“Saya tak letakkan impian bergelar juara dan saya hanya minta peminat doakan agar saya sihat dan dapat memberikan yang terbaik. Jangan kata, Yantzen mesti juara. Semua rezeki ditentukan Allah,” kongsinya.



Warganet dalam pada itu kecewa dengan penyingkiran Yantzen. Ada yang merasakan di sebalik lawak jenaka yang beliau tampilkan di pentas, terasa sekelumit kesedihan dalam jiwanya yang biasanya 'sampai' ketika menyanyikan lagu-lagu balada tentang kehilangan.  



Hayat Ahmad menambah:



“Sedih sangat Yantzen dah tak ada dalam peraduan. Dah tak ada penyeri lawak-lawak Yantzen pada minggu separuh akhir nanti.”



Zyudean Razz90 pula menambah:



"Rasa sedih sebab Yantzen tersingkir. Walau apaa pun, terima kasih kerana menghiburkan kami dengan persembahan yang hebat. Kami akan sentiasa menyokong Yantzen."



Pusingan separuh akhir GV7 akan berlangsung mulai 9 malam di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV), Ahad ini.



Muss, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Noraniza Idris, Oja, Ashira dan Cliff Umar akan menyerikan peringkat separuh akhir itu. 



 



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >