Premium
'Perkauman kasual' jadi projek akhir lulusan NAFA
Dipilih antara terbaik dihasil pelajar tahun akhir di pameran 'Best of Best Show'
Sep 20, 2019 | 5:30 AM
LEBIH PEKA: Cik Siti Aishah Mohamad Hussinee menghasilkan projek rekaan grafik tentang perkauman kasual setelah menyedari kata-kata santai tentang sesuatu kaum boleh disalah anggap dan menimbulkan konflik kaum. - Foto BH oleh HARYANI ISMAIL -
SEBAGAI belia yang peka tentang isu sosial sekeliling, Cik Siti Aishah Mohamad Hussinee juga akur pada pelbagai kesulitan yang boleh timbul jika seseorang tidak akur pada sensitiviti perkauman.
Meskipun Singapura adalah negara yang sentiasa dipuji pelancong kerana keamanan dan keselamatan yang terpelihara, lulusan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) ini berpendapat isu perkauman tidak harus dipandang ringan.

