Premium
Alleycats terus tambat hati peminat
Feb 7, 2019 | 5:30 AM
ALLEYCATS MASIH 'BERBISA': Datuk David Arumugam (kanan) dan anggota Alleycats yang lain termasuk anak saudaranya, Dasha Loganathan (dua dari kanan), membuktikan bahawa lagu-lagu cinta malar segar yang mereka persembahkan masih bertakhta di hati ramai sekian lama. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -
CEBISAN kenangan tentang zaman kanak-kanak mahupun remaja mengisi ruang minda penonton yang hadir di konsert ulang tahun ke-50 kumpulan Alleycats di Teater MES, Kampus Mediacorp, hujung minggu lalu.
Sedang saya teringat zaman bermain 'masak-masak' dengan sepupu sambil menyanyikan lagu Andainya Aku Pergi Dulu sekuat hati kami tanpa memahami sepenuhnya lirik lagu cinta yang ditulis indah, pesara Encik Safuan Wagiman, 65 tahun, pula teringat zaman keluar dating bersama isterinya.

