Perlu tekal, amat sabar didik kanak-kanak berkeperluan khas
Premium
Perlu tekal, amat sabar didik kanak-kanak berkeperluan khas
Jul 28, 2017 | 5:30 AM
MENENANGKAN: Pelajar ini melukis 'lazy eight' iaitu nombor lapan melintang, yang menurut Cik Faraliza dapat membuat pelajar berasa tenang. - Foto M.O. SALLEH -
PENDIDIK yang membimbing golongan istimewa perlu tekal, tabah dan mempunyai tahap kesabaran tinggi, kata pengarah pembelajaran dan pembangunan hab pendidikan khas My Inspiring Journey (MIJ), Cik Faraliza Zainal.
Menurut beliau, guru yang mengajar kanak-kanak yang memerlukan kaedah "pembelajaran berbeza", seperti autisme, gangguan hiperaktif kaurang tumpuan (ADHD), palsi serebral, sindrom Down, disleksia dan kelewatan perkembangan global (GDD), perlu sering mengulangi kata-kata mereka.

