Usia mereka baru mencecah awal 20-an tahun. Namun, Encik Zaki Abdul Rahman dan Encik Yafiq Yusman yang mempunyai bakat kreatif sudah mendapat kepercayaan dalam berkongsi pengetahuan seni mereka bersama golongan kanak-kanak dan belia. Encik Zaki mengajar kelas seni dari rumah ke rumah manakala Encik Yafiq baru-baru ini diundang menganjurkan bengkel di pesta seni bina Archifest 2016. Ikuti laporan NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg)
ASAH KREATIVITI: Encik Zaki Abdul Rahman mengajar pelbagai kesenian terutama seni lukis secara bergerak di bawah nama Warung Seni. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN -
LUKISAN SI CILIK: Sekumpulan kanak-kanak yang dibimbing Encik Zaki Abdul Rahman bangga menunjukkan hasil karya mereka. - Foto WARUNG SENI -

TIADA syarat diberikan kepada Encik Zaki Abdul Rahman, 26 tahun, apabila seorang wanita Perancis, Cik Rushan Nasretdin, meminta Encik Zaki mengajar tiga anak perempuannya kelas seni di rumahnya tiga tahun lalu.
Lantas, Encik Zaki yang sedang melanjutkan pengajian ijazah dalam jurusan animasi di Sekolah Seni, Rekaan dan Media di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tatkala itu, mengajar tiga anak perempuan wanita itu yang berusia empat, lima dan tujuh tahun, melukis dan mewarna gambar bunga.