KIRA-KIRA 30,000 penonton memenuhi Stadium Negara kelmarin untuk menyaksikan penyanyi pop Amerika, Billie Eilish, membuat persembahan - konsert pertama yang diadakan di tempat itu sejak wabak Covid-19 melanda pada 2020.

Penonton, kebanyakannya dalam usia belasan tahun, dikehendaki menunjukkan bukti bahawa mereka sudah divaksin sebelum mereka dibenarkan masuk, selain perlu mengenakan pelitup sepanjang konsert berlangsung.